Menang PRK tidak sertai kerajaan serta merta - Anwar - Utusan Malaysia

Menang PRK tidak sertai kerajaan serta merta – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 14 Sept. – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menyertai kerajaan sekiranya menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson nanti.

Anwar akan memberi laluan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meneruskan tanggungjawab dan tugasnya sebagai Perdana Menteri seperti yang sudah dijanjikan.

Beliau berkata, apa yang akan dilakukan terlebih dahulu ialah melakukan reformasi dan pembaharuan di Parlimen supaya lebih produktif dan positif.

“Saya bagitahu dengan Tun Dr. Mahathir, kalau saya menang saya tak mahu masuk kerajaan sekarang. Saya nak bagi laluan kepada Tun Dr. Mahathir galas tanggungjawab dia sehingga giliran saya (tiba untuk dilantik sebagai Perdana Menteri).

“Jadi sabarlah, (apabila) saya dilantik (Datuk Seri) Wan Azizah Wan Ismail akan letak (jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri) Bila? Apabila tiba giliran saya menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Bicara Maal Hijrah Bersama Anwar Ibrahim – Hijrah Ke Arah Malaysia Baharu di Kompleks Sultan Abu Bakar, di sini sebentar tadi.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan Anwar yang juga Presiden PKR yang baharu dipilih akan bertanding di PRK Parlimen Port Dickson.

Anwar berkata, persoalan tentang kedudukan Wan Azizah masih terus diperkatakan walaupun perkara itu sudah banyak kali dijelaskannya termasuk parti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN