SAUDARA PENGARANG,SAYA mewakili penduduk Seksyen 8, Shah Alam ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana telah menggantikan papan tanda jalan yang tumbang dengan papan tanda baharu, beberapa hari lalu. Kerja-kerja untuk membuat dan menyediakan aset baharu ini dilakukan oleh Jabatan Kejuruteraan, MBSA. Papan tanda jalan yang di maksudkan ialah untuk Jalan Teres 8/1B, Seksyen 8 (gambar) yang aduan mengenainya disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia…










