MBJB, JKM bantu 17 mangsa ribut - Utusan Malaysia

MBJB, JKM bantu 17 mangsa ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 Sept. – Kesedihan 17 keluarga di Kampung Melayu, Larkin di sini Jumaat lalu selepas rumah dipukul ribut sedikit terubat apabila wakil rakyat melawat mereka.

Lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd. Izhar Ahmad dua hari selepas itu menceriakan mereka dan kesempatan itu turut diambilnya untuk mengetahui kesusahan mangsa.

Kunjungan itu bagi menge­tahui kerosakan dan masalah mangsa di samping untuk mempercepatkan proses bantuan yang diperlukan dalam usaha membantu mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, bantuan akan disalurkan agensi-agensi yang berkenaan seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak lain.

“Saya berharap semua penduduk yang terlibat bersabar dan tabah dalam mengadapi ujian tersebut dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan mereka.

“Diharapkan juga memberikan perlindungan dan mangsa dipelihara Allah pada masa akan datang. Sesungguhnya Allah akan terus menguji mereka yang beriman,” katanya ketika ditemui semalam.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, 17 rumah di kampung tersebut mengalami kerosakan teruk selepas dilanda ribut namun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku.

Menerusi kunjungan tersebut, Mohd. Izhar turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM5,000 kepada keluarga Mohd. Rasid Nasir bagi membaik pulih rumahnya.

Katanya, bagi mangsa lain, bantuan akan diberikan agensi bertanggungjawab dan pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh berhubung dengan Pejabat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir menyampaikan bantuan kepada semua mangsa ribut berkenaan di Surau Al-Ikhsan, Kampung Mela­yu petang ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini