PALU, Indonesia 29 Sept. – Mayat-mayat kelihatan bergelimpangan apabila sekurang-kurangnya 384 orang kini disahkan terkorban dan ratusan lagi hilang selepas gempa bumi yang mencetuskan tsunami melanda pulau Sulawesi. Gempa dan tsunami kuat yang melanda bandar Palu semalam menyaksikan banyak bangunan musnah, selain mencetuskan keadaan huru-hara apabila banyak penduduk melarikan diri ke kawasan tinggi dan bekalan elektrik juga terputus. Satu rakaman video yang diambil dari kawasan letak kereta di sini yang…










