KANGAR 28 Sept. – Mayat seorang lelaki dalam keadaan kembung ditemukan tersangkut di atas batu di tepi Sungai Baru, Kampung Wai, Kuala Perlis di sini petang tadi. Mayat tersebut yang lengkap berpakaian ditemukan oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 5.50 petang. Ketua Polis daerah, Superintenden Wari Kiew berkata, pada masa ini, identiti mangsa masih belum diketahui berikutan keadaan wajah lelaki itu yang sudah kembung hingga menyukarkan pengecaman.…










