ALOR SETAR – Satu mayat lelaki berusia lingkungan 40-an ditemui terapung di kedudukan kira-kira 0.5 batu nautika barat muara Kuala Kedah di sini hari ini. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan mayat itu oleh anggota polis dari Balai Polis Kuala Kedah di sini kira-kira pukul 10.35 pagi ini. “Mayat lelaki tanpa dokumen pengenalan diri tersebut ditemui seorang nelayan berusia lingkungan 40-an…










