KANGAR – Mayat seorang lelaki yang masih tidak dikenal pasti identitinya ditemui Sungai Baru, Kuala Perlis di sini kira-kira pukul 6 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, penemuan mayat itu hasil maklumat orang awam yang menghubungi polis. “Berdasarkan siasatan awal, mayat itu telah ditemui kembung di seluruh badan dan muka yang menyukarkan proses pengecaman. “Mayat ini ditemui tersangkut di batu yang terdapat di sungai tersebut di…










