KUALA LUMPUR 19 Sept. – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) berjaya menyelesaikan dan menutup 99.4 peratus daripada 858 aduan yang diterima sepanjang tempoh enam bulan tahun ini. Daripada jumlah itu, 53 peratus aduan yang diselesaikan melibatkan pertukaran arah bagi penyelesaian yang disediakan oleh syarikat penerbangan yang kemudiannya memihak kepada pengguna. Pengerusi Eksekutif Mavcom, Dr. Nungsari Ahmad Radhi berkata, pihaknya mendapati terdapat peningkatan sebanyak 38.1 peratus bagi aduan yang diterima daripada pengguna…










