Maritim tahan 10 PATI, 2 tekong darat - Utusan Malaysia

Maritim tahan 10 PATI, 2 tekong darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 26 Sept. – Cubaan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua tekong darat menyusup masuk ke negara ini berjaya dipatahkan apabila ditahan di sini malam tadi.

Mereka ditahan Agensi Pe­nguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Tentera Darat di tepi jalan besar berhadapan kawasan penetasan udang, Sungai Tengah Bandar Penawar.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, kesemua mereka berusia lingkungan 20 hingga 48 tahun itu ditahan dalam operasi yang diadakan pada pukul 9 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas mendapat maklumat orang awam dan hasil risikan, kita berjaya menahan 10 warga Indonesia terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan.

“Kita merampas dua kereta jenis Proton Waja dan Proton Iswara serta empat telefon bimbit. Anggaran nilai rampasan kira-kira RM20,000,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dan direman di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Immigresen 1959/63 (pindaan 2002) kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Immigresen 1959/63 (pindaan 2002) disebabkan keluar melalui jalan yang tidak diwartakan kerajaan Malaysia.

Beliau memberitahu, dua lelaki yang menjadi tekong darat akan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Atipsom) dan kenderaan digunakan juga dirampas untuk siasatan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini