ILMU tentang maqasid syariah atau matlamat syariah, menurut Prof. Hashim Kamali walaupun penting adalah sesuatu yang agak dipinggirkan. Namun hari ini disebabkan beberapa faktor, ia mula mendapat perhatian terutama oleh mereka yang ingin mengetengahkan syariah Islam dalam bentuk yang lebih selari dengan tuntutan zaman. Sekurang-kurangnya dua faktor yang membawa kepada kembalinya maqasid syariah dalam perbahasan ilmuwan Islam semasa; Pertama, semangat zaman yang menuntut setiap aliran pemikiran, sistem kepercayaan dan ideologi…










