KUALA LUMPUR – Seramai 170 pelajar Akademi IDEAS yang terdiri daripada anak pelarian dari beberapa buah negara menerima sumbangan pada program Mamee Prihatin anjuran Syarikat Mamee Double Decker (M) Bhd. (Mamee) di sini hari ini. Pengurus Hal Ehwal Islam dan Hubungan Kerajaan Mamee, Ahmad Syukry Ibrahim berkata, golongan tersebut menerima sumbangan snek Mamee Monster dan mee segera bagi meringankan beban setiap pelajar. “Mamee memilih akademi ini kerana usahanya yang membantu golongan kurang berkemampuan…










