SELAKU graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), saya kesal dengan perbalahan secara terbuka seorang pensyarah dan pelajar sehingga mencalarkan nama baik institusi pengajian tinggi ternama ini. Abdul Naser Tun Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Xifu Naser dan seorang pelajarnya (atau bekas pelajar), Huda Ramli saling bertukar hamburan ‘lemboo’ susulan demonstrasi beberapa pelajar berkaitan lantikan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik sebagai Presiden UIAM. Xifu Naser didakwa rakan akrab kepada Maszlee…










