Malaysia tidak akan guna nuklear untuk jana elektrik - Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Malaysia tidak akan guna nuklear untuk jana elektrik – Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Sept.- Malaysia terus kekal melaksanakan polisi bebas nuklear bagi menjana kuasa elektrik, sebaliknya meneruskan penggunaan bahan api.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penggunaan nuklear hanya mendatangkan kemudaratan dan kemusnahan alam sekitar serta hidupan berikutan   pencemaran radiasi.

Jelasnya, penggunaan bahan api terbukti lebih selamat selain boleh dijana menerusi pelbagai sumber seperti dari arang batu, minyak dan hidro.

“Kita selama ini tidak pernah terfikir untuk menggunakan kuasa nuklear. Kemajuan sains masih belum dapat menyelesaikan masalah pelupusan bahan radiasi itu sejak ia mula dijadikan sumber tenaga.

“Apa yang kita dapat pelajari daripada pembuangan sisa radiasi ini ialah ia adalah sukar untuk dimusnahkan,“ katanya sewaktu menyampaikan ucaptama pada Persidangan Industri Pembekalan Elektrik (CEPSI) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis ialah Pengerusi Tenaga Nasional Bhd.,Tan Sri Leo Moggie. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN