NEW YORK – Malaysia masih mengkaji kebaikan dan keburukan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan belum membuat sebarang keputusan muktamad mengenainya. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, CPTPP adalah perjanjian perdagangan yang dirundingkan semula daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) setelah Amerika Syarikat (AS) menarik diri. Pada sesi pertemuan dengan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR) di New York pada Rabu, beliau menjelaskan bahawa rundingan mengenai TPP…










