“KEBANYAKAN rakan saya sifatkan Malaysia sebagai kaya dengan pelbagai makanan enak, namun saya lebih tertarik kepada kepelbagaian kaum dan budayanya yang menjadikan Malaysia sebuah negara unik dan tiada bandingan”. Itulah antara pandangan ikhlas yang dilontarkan oleh Duta Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo ketika ditemu bual Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Nechytaylo menyatakan kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia menjadikan negara ini selesa untuk didiami, mencari pekerjaan dan bercuti…










