Malaysia berdaya tahan hadapi ketidaktentuan ekonomi dunia - Utusan Malaysia

Malaysia berdaya tahan hadapi ketidaktentuan ekonomi dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Kekuatan asas ekonomi Malaysia memberikan negara daya tahan yang baik untuk menghadapi cabaran yang wujud kesan daripada ketidaktentuan ekonomi dunia.

Dr. NDIAME DIOP
Dr. NDIAME DIOP 

Bagaimanapun, Ketua Amalan Ekonomi, EAP 2 Kumpulan Bank Dunia, Dr. Ndiame Diop ketika menyatakan perkara ini mengingatkan, ketahanan itu bergantung kepada pendekatan yang digunapakai kerajaan bagi menguruskan sektor-sektor yang sensitif terhadap ketidaktentuan tersebut.

Menurut beliau, sehingga setakat ini, Malaysia telah berjaya menguruskan ekonominya dengan baik sehingga menjadi contoh kepada negara-negara membangun yang lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah beliau, apa yang penting untuk dilakukan oleh kerajaan ketika ini ialah menstabilkan dan mengurangkan hutang negara selain mengawal aliran keluar modal.

“Daya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi dunia bergantung kepada pendekatan yang digunapakai kerajaan bagi menguruskan sektor-sektor yang boleh dijejaskan oleh situasi ekonomi semasa  dunia.

“Dengan memperkukuhkan asas-asas ekonomi negara melalui langkah-langkah seperti pengurusan hutang dan kawalan aliran keluar modal, kadar pertumbuhan ekonomi akan dapat dirangsang dan ini menyumbang kepada tahap daya tahan ekonomi Malaysia” kata beliau kepada media selepas forum Ekonomi Rakyat Siri 2 di sini hari ini.

Pada forum anjuran Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur berkenaan, Ndiame telah membentangkan laporan ekonomi Bank Dunia bertajuk Turmoil in Global Finance: Is Malaysia Vulnarable?

Dalam pembentangan berkenaan, Dr. Ndiame turut menyatakan Malaysia mempunyai daya ketahanan yang baik untuk menghadapi cabaran ketidaktentuan ekonomi dunia.

Dalam masa, beliau turut menyatakan pencapaian Malaysia dalam usaha untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi bergerak agak perlahan.

Menurut beliau, dalam soal ini, kerajaan perlu melihat prestasi Korea Selatan dan Singapura pada ketika kedua-duanya masih lagi berstatus negara membangun.

Dr. Ndiame  menjelaskan, Korea Selatan dan Singapura berjaya mencatatkan pencapaian dan pengagihan ekonomi yang pesat sehingga membolehkan kedua-duanya mencapai status negara dengan pantas.

Bagaimanapun, menurut beliau, berbeza dengan kedua-dua negara berkenaan, Malaysia menghadapi cabaran ekonomi dalaman dan luaran berbeza yang memberi kesan terhadap usahanya mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Justeru, beliau berpandangan, kerajaan wajar memberi lebih penekanan terhadap bagi memangkin perkembangan sektor-sektor ekonomi seperti perkhidmatan profesional dan bernilai tinggi yang boleh membantu mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi seperti yang dilakukan oleh Korea Selatan dan Singapura.

“Kadar pertumbuhan ekonomi tahunan menentukan tempoh masa untuk sesebuah negara mencapai status negara berpendapatan tinggi.

“Dalam soal Malaysia, agak sukar untuk menjangkakan di tahap mana negara ini akan berada berdasarkan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini