KUALA LUMPUR 8 Sept. – Teraju utama filem Hantu Kak Limah, Datuk Awie, 50, mengakui dirinya dibelenggu penyakit misteri yang melemahkan anggota badannya sehingga terpaksa berjalan menggunakan tongkat. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mendedahkan, dia turut terkena gangguan makhluk ghaib sejak 13 tahun lalu, namun hanya ‘diserang’ beberapa kali sahaja. “Bagaimanapun, sejak empat hari lalu tatkala filem Hantu Kak Limah merekodkan kejayaan demi kejayaan, semakin kerap pula saya…










