PUTRAJAYA 21 Sept. – Majlis Pemborong Malaysia meminta kerajaan mengkaji semula pelaksanaan sistem e-Lelong di mahkamah yang didakwa menjejaskan mata pencarian kira-kira 2,000 ahlinya. Permintaan itu disuarakan Presidennya, Mustafa Osman yang hadir bersama-sama kepimpinan majlis itu menyerahkan memorandum untuk perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di pintu masuk Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya. Menurut Mustafa, pelaksanaan e-Lelong…










