KUALA LUMPUR 30 Sept.- Biarpun menerima pujian setelah berjaya membawakan watak komedi dalam filem pecah panggung, Hantu Kak Limah ( HKL), pelakon, Zul Ariffin lebih mahu memberi fokus kepada naskhah bergenre aksi terlebih dahulu. Jelasnya, HKL datang tepat pada waktunya dan setelah meneliti skrip, pengarah serta barisan pelakon lain, Zul menerima tawaran tersebut. “Berlakon naskhah komedi ini tanggungjawabnya besar. Kalau watak saya seorang sahaja yang komedi, pasti tidak akan berjaya.…










