Mahathir tak turun PD bantu - Utusan Malaysia

Mahathir tak turun PD bantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak akan turun berkempen untuk membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau telah memberitahu Anwar berkenaan hal terbabit, namun akan memberikan sokongan kepada bakal Presiden PKR itu bagi menghadapi PRK tersebut.

“Saya beritahu Anwar kebiasaannya saya tidak turun berkempen dalam PRK, namun akan menyokong pencalonannya,” kata beliau pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Maj­lis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Menara Yayasan Selangor di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini