NEW YORK – Beberapa jam selepas menyampaikan ucapan pada Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-73, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan beliau merancang untuk memalukan ‘lima negara kuasa besar’ dalam PBB agar menyerahkan kuasa veto mereka.
‘Lima kuasa besar’ itu merujuk kepada negara-negara anggota tetap dalam Majlis Keselamatan PBB dan mempunyai kuasa veto. Mereka ialah Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Rusia dan China.
Selepas kembali semula di PBB setelah 15 tahun, beliau menyatakan rasa kecewa dengan PBB kerana gagal untuk membawa reformasi terhadap sistem veto itu.
“Saya berharap dapat memalukan mereka sehingga melepaskan kuasa veto mereka. Masyarakat hendaklah memberitahu mereka ia adalah amat tidak demokratik,” katanya kepada media Malaysia di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











