Mahathir bakal berucap di PBB - Utusan Malaysia

Mahathir bakal berucap di PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal menjadi pemimpin negara tertua yang berucap pada pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini selepas 15 tahun menyampaikan ucapan di podium sama.

Mahathir, 93, akan ber­ucap di pentas ber­kenaan pada Jumaat ini sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Sebelum ini, bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe me­rupakan pemimpin tertua pernah berucap pada Perhimpunan Agung PBB tahun lalu ketika berusia 93 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semasa menghadiri Perhimpunan Agung PBB, Mahathir akan disertai Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkef­ly Ahmad dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Terdahulu, beliau bersama de­legasi tiba di sini semalam untuk lawatan kerja menyertai sesi ke-73 Perhimpunan Agung PBB.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini