IPOH 17 Sept. – Atlet lontar peluru Johor, Farm Loong Deng melupakan kesakitan di paha kirinya demi membawa pulang pingat emas buat kontinjen negerinya menerusi penyertaan sulung beliau dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2018, hari ini. Loong Deng yang terdahulu mencatat 14.85 meter (m) pada lontaran pertamanya, nyata sukar digugat peserta lain, dengan aksi konsisten atlet itu berterusan sehingga berjaya mencatat 15.14 m pada lontaran keenam yang juga lontaran terakhir…










