Loji nuklear masih diperlukan di Malaysia - Utusan Malaysia

Loji nuklear masih diperlukan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Negara masih memerlukan pembinaan sebuah loji nuklear yang tidak sahaja menghasilkan sumber tenaga baharu tetapi pelbagai perkembangan teknologi berkaitan yang banyak memberikan faedah kepada orang ramai.

DR. NOOR HASNAH KHAIRULLAH
DR. NOOR HASNAH KHAIRULLAH 

Presiden Pertubuhan Wanita Dalam Nuklear Malaysia (Women in Nuclear – WIN), Dr. Noor Hasnah Khairullah berkata, kerajaan berhak membuat keputusan untuk tidak memiliki loji tersebut tetapi demi masa hadapan untuk negara memiliki bekalan tenaga berterusan, keputusan tersebut perlu dikaji semula.

“Bekalan tenaga melalui fosil atau arang batu lama kelamaan akan habis. Melalui sumber-sumber tenaga lain seperti solar dan hidro hanya memberikan sumbangan yang agak kecil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika kita bimbangkan isu keselamatan, kebocoran loji dan sebagainya seperti yang berlaku di Fukushima Jepun, ia tidak lebih akibat faktor bencana malapetaka alam.

“Akibat kejadian gempa bumi pada 9 skala richter diikuti dengan kejadian tsunami yang dahsyat menyebabkan loji nuklear Fukushima yang dibina sejak tahun 1970an itu mengalami kebocoran, ” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Kali Ketiga Wanita Dalam Nuklear Malaysia (WIN) 2018 di Dewan Tun Dr. Ismail Agensi Nuklear Malaysia, Bangi dekat sini hari ini.

Persidangan tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), Dr. Zulkifli Mohamed Hashim, Agensi Nuklear Malaysia.

Noor Hasnah berkata, Malaysia boleh belajar dari pengalaman negara-negara lain yang mempunyai loji nuklear supaya negara bakal mempunyai loji nuklear yang lebih selamat dengan ciri keselamatan yang paling tinggi.  UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini