KOTA KINABALU 14 Sept. – Lima lelaki ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Keningau antara 6 September hingga semalam kerana dipercayai terlibat dalam perniagaan menjual peluru dan senjata api tiruan. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, dalam operasi pertama pada pukul 2.30 petang 6 September lalu, anggotanya menyerbu sebuah premis perniagaan dan menahan pemiliknya yang berusia 36 tahun serta berasal dari Semenanjung. Katanya, dalam serbuan di premis perniagaan…











