KUALA LUMPUR 29 Sept. – Lim Teong Kim tidak dipecat dan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) akan diteruskan, umum Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini. Syed Saddiq menegaskan, tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memecat Teong Kim sebagai ketua jurulatih skuad bawah 16 (B-16) sejurus tamat Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-16, Rabu lalu tiada kaitan dengan NFDP. Beliau masih Pengarah Akademi Bola…










