KUALA LUMPUR – Seorang lelaki rentung apabila kenderaan yang dipandunya terbakar selepas dipercayai terbabas di Lebuhraya Sultan Iskandar dari arah Sentul menghala ke Seremban berhampiran Bangunan Parlimen, di sini, awal pagi ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata dalam kejadian kira-kira 3 pagi tadi, mangsa ditemui dalam keadaan rentung dalam kereta jenis Nissan Grand Livina. Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.54 pagi dan…










