PETALING JAYA 5 Sept. – Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membuat panggilan palsu meletakkan bom di dalam Bangunan Sri Pentas Bandar Utama, Damansara, hujung bulan lalu. Nur Azhan Kamaludin, 46, mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah dengan membuat panggilan telefon ke pusat kawalan daerah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menyatakan telah meletakkan bom di Sri…










