PULAU PINANG 23 Sept. – Seorang lelaki maut selepas tersepit pada lif di tingkat tiga di sebuah restoran dekat Jalan Penang di sini pagi ini. Kejadian kira-kira pukul 9.55 pagi berlaku ketika mangsa, Mohammad Shahrukh Khan Mohd. Mydin, 19, menghantar ayam ke retoran tersebut sebelum tersepit pada lif barang di situ. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, pegawai perubatan yang dipanggil mengesahkan mangsa telah…










