KLANG – Seorang lelaki maut ditikam rakannya yang mabuk di bahagian perut dalam satu kejadian di Pandamaran Jaya di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa berusia 42 tahun mengalami kecederaan di bahagian perut dengan kesan tiga tikaman. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan laporan pengadu berusia 32 tahun, mangsa ditemui di tepi jalan di sekitar kawasan Pandamaran di sini. “Mangsa…










