KUALA LUMPUR 7 Sept. – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Utama, Serdang Raya, Serdang dekat sini awal pagi tadi. Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, mangsa warga tempatan berusia 30-an yang memandu kereta Toyota Corolla maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan dalan perjalanan dari Bukit Jalil menghala ke Seri…










