PADANG TERAP 8 Sept. – Seorang pemilik dusun maut dipijak seekor gajah liar yang mengamuk di sebuah dusun buah-buahan berhampiran kawasan pinggir hutan di Kampung Kah Ing, Padang Sanai di sini semalam. Kejadian pada kira-kira pada pukul 6.30 petang itu menyebabkan mangsa, Mat Juhid Osman, 49, dari Kampung Hulu Padang Sanai Kanan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan patah tangan kiri. Mat Juhid pergi ke dusun tersebut bersama abangnya,…










