PETALING JAYA 14 Sept. – Seorang pekerja kedai kopi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan wang kertas palsu RM100 sebanyak 35 keping untuk membuat bayaran bagi pembelian telefon bimbit berjenama iPhone X, dua bulan lalu. Choa Seng Leong, 30, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan selesai dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin. Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa telah menggunakan mata wang kertas palsu…










