KUANTAN – Lebih 45 peratus daripada dua juta penduduk di Pahang berdepan masalah kegemukan yang boleh menyebabkan mereka menghadapi gangguan kesihatan, kata Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman. Beliau berkata, antara penyakit yang paling banyak dikesan adalah darah tinggi, iaitu 30 peratus daripada jumlah berkenaan serta kencing manis sebanyak 17 peratus, hampir selari dengan angka di peringkat nasional dan merupakan petanda yang tidak baik. “Masalah itu boleh dihindari sekiranya masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersukan, kurangkan makanan berlemak dan berminyak serta mengamalkan diet yang sihat,” katanya kepada pemberita pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya