KUALA LUMPUR 28 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan kira-kira 15 sindiket terlibat menyeludup masuk warganegara asing khususnya dari Bangladesh melalui sindiket terancang di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini. Kesemua sindiket terbabit dipercayai menyeludup masuk kira-kira 200 warga asing setiap bulan melalui pintu masuk lapangan terbang itu. Menurut sumber, bagi melancarkan kegiatan terbabit, mereka dipercayai membayar segelintir pihak berkuasa yang bertugas di lapangan terbang tersebut.…










