TOKYO – Jepun mengadakan latihan kapal selam pertama di Laut China Selatan, lapor sebuah akhbar semalam, langkah yang boleh mencetuskan provokasi berikutan Beijing menuntut hampir keseluruhan perairan tuntutan bertindih itu. Akhbar Asahi Shimbun melaporkan, kapal selam Kuroshio menyertai tiga kapal perang Jepun di sebuah perairan ke barat daya Terumbu Scarborough yang diduduki China. China menuntut sebahagian besar sumber kekayaan di Laut China Selatan yang menjadi laluan kapal-kapal dagang membawa muatan…










