KUALA TERENGGANU 14 Sept. – Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), R.Kumutha, 39, menerima penghargaan sebagai Wanita Cekal Pas dalam Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini. Penghargaan itu diberikan atas sumbangan dan jasa anak jati Johor Bharu ini yang sentiasa komited dalam perjuangan bersama Pas sejak tahun 2008 lagi walaupun terpaksa berperanan dalam keadaan sukar. Kumutha berkata, dasar Islam…










