Kuartet Terengganu dominasi 4x100m - Utusan Malaysia

Kuartet Terengganu dominasi 4x100m

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kuartet Terengganu yang beraksi dalam acara 4×100 meter (m) lelaki dan wanita Sukan Malaysia (Sukma) 2018 menggondol pingat emas dalam acara yang berlangsung pada sebelah petang di Stadium Perak semalam.

Kontinjen Terengganu terlebih dahulu disajikan dengan emas pertama menerusi acara wanita yang menyaksikan empat pelumbanya, Azreen Nabila Alias, Nurul Alyssa Azman, Nurul Wardatul Huwaida Mohd. Hamka dan Siti Norzullaika Ramli muncul sebagai kuartet terpantas dengan catatan masa 47.010 saat (s).

Tempat kedua dirangkul oleh kuartet Sabah yang menamatkan saingan dengan catatan 47.510s, manakala gangsa diraih Kedah (48.740s).

Ketiadaan pelumba utama Melaka terus membuka peluang kepada kuartet lelaki Terengganu yang diwakili oleh Abdul Wafiy Roslan, Ahmad Firdaus Zakaria, Muhammad Saifuldin Rizuan Mohamad Ariffin dan Muhammad Zulfiqar Ismail untuk merangkul emas dengan catatan masa 40.210s.

Menurut Zulfiqar yang mengetuai kuartet lelaki, rahsia kebangkitan Terengganu pada Sukma kali ini adalah sentiasa mendengar nasihat dan strategi jurulatih selain tidak ada kelibat pelumba utama Melaka yang menyertai Sukma edisi ke-19 itu.

“Sangat bersyukur kerana dapat sumbang emas kepada Terengganu. Lebih manis kami dapat sumbang dua emas dalam acara lelaki dan wanita, sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Pada masa sama, kami turut mencatatkan rekod peribadi terbaik berbanding 46.90s pada Kejohanan Terbuka Malaysia 2018 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Walaupun Wafiy cedera, dia tetap bersemangat untuk menjulang nama Terengganu,” katanya yang meraih pingat perak dalam acara 100m kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN