KPKT pandang serius isu keselamatan penduduk - Utusan Malaysia

KPKT pandang serius isu keselamatan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 26 Sept. –Tindakan segera akan diambil kerajaan bagi menyelesaikan masalah berhubung risiko keselamatan di kediaman khususnya perumahan bertingkat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Ka­­maruddin berkata, pihaknya akan berbincang dengan pengurusan perumahan terutama Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) untuk melaksanakan dasar yang dapat menjamin keselamatan dan menjaga kepentingan penduduk.

“Dasar ini akan diuruskan oleh pegawai daripada KPKT sendiri untuk mereka bentuk aktiviti kemasyarakatan dan pengurusan bangunan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dasar berkonsepkan sema­ngat komuniti ini akan melibatkan beberapa sukarelawan yang terdiri daripada penduduk sekitar dan ibu yang tidak bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa lawatan keluarga kanak-kanak yang maut selepas jatuh dari tingkat 17 di PPR Kota Damansara baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan terjatuh dari rumahnya selepas ditinggalkan bersendirian oleh ibu bapa yang keluar bekerja.

Mengulas mengenai kemalangan itu Zuraida berkata, struktur perumahan bukan punca utama kemalangan tetapi kejadian mungkin berpunca daripada ma­salah kurangnya keprihatinan keluarga terhadap aspek keselamatan anggota keluarga.

“Sebagai pemilik kediaman kita perlu menyedia dan memastikan aspek keselamatan diberi keutamaan untuk melindungi anggota keluarga terutama kanak-kanak yang terdedah kepada pelbagai ri­siko,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini