Kos projek kapal selam Australia meningkat 400% - Utusan Malaysia

Kos projek kapal selam Australia meningkat 400%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA 24 Sept. – Pengkritik memberi amaran perjanjian kapal selam Australia bersama Perancis berdepan peningkatan kos sebanyak 400 peratus.

Menurut agensi berita Xinhua, Australia memberi kontrak bernilai AS$36 bilion (RM148.9 bilion) kepada kumpulan industri pertahanan tentera laut dari Perancis, DCNS untuk membina 12 buah kapal selam untuk Tentera Laut Diraja Australia.

Projek itu dilanda masalah dan penganalisis perniagaan utama untuk akhbar The Australian iaitu Robert Gottliebsen memberi amaran bahawa ia menghadapi masalah besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berpendapat kita boleh menyatakan Australia berdepan peningkatan kos sebanyak AS$163 bilion (RM673.9 bilion) untuk 12 kapal selam.

“Kapal selam pertama tidak akan dilancarkan sekurang-kurangnya selama 14 tahun tetapi Laksamana Muda Gre­gory Samut percaya ia boleh digunakan sehingga 2080,” ujarnya.

DCNS mengalahkan pembuat kapal dari Jerman, TKMS dalam bidaan kontrak tersebut meskipun TKMS menawarkan harga AS$14.5 bilion (RM59.9 bilion).

Sementara itu, senator Australia, Rex Patrick pada Januari berkata, program terbabit mula ‘tersasar dari landasan’.

“Laksamana Muda Samut ialah seorang tentera laut yang dihormati dan berkemampuan tinggi. Bagaimanapun, beliau tidak pernah mengendalikan projek besar dan kecil.

“Terdapat beberapa orang berkelayakan tinggi dan pengurus projek berpengalaman dalam industri perlombongan, kimia, teknologi maklumat yang boleh dibawa masuk untuk menawarkan bantuan dalam program penting ini,” kata Patrick. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini