KUALA LUMPUR – Kontrak kerajaan yang diperoleh syarikat Bumiputera akan terbatal sekiranya ia dijual atau dipindahkan kepada pihak lain, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan tidak akan memberi pertolongan kepada syarikat Bumiputera yang hanya mahu mencari kekayaan dengan cepat tanpa berusaha melaksanakan kontrak yang diperoleh. “Kalau seseorang itu mendapat kontrak, maka dialah akan melaksanakan kontrak itu. Kalau dijual atau dipindah kepada orang lain, maka…