GEORGE TOWN – Bermula 1 Januari depan, kerajaan Pulau Pinang akan menguat kuasakan tindakan kompaun terhadap pemilik kediaman bertanah yang tidak mengasingkan sisa di punca. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perbandaran dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, tindakan itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang bersih, hijau dan selamat. “Kompaun sebanyak RM250 akan dikenakan jika hasil pemeriksaan yang dilakukan menunjukkan polisi itu tidak dipatuhi oleh kediaman-kediaman bertanah,”…










