KOM harap Nauraj kekal dalam Podium - Utusan Malaysia

KOM harap Nauraj kekal dalam Podium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Ke­satuan Olahraga Malaysia (KOM) memohon agar atlet mereka tidak digugurkan daripada Program Podium terutama jaguh lompat tinggi Nauraj Si­ngh Randhawa yang dianggap­nya sebagai berpotensi untuk layak ke Sukan Olimpik 2020.

Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim berkata, Program Podium mempunyai objektif yang amat bagus dan harus dikekalkan kerana mampu meningkatkan keupayaan atlet ke tahap yang lebih baik dengan menjadikan Sukan Olimpik sebagai sasaran utama.

Tambah Karim, dia sedar pencapaian atlet KOM tidak begitu memuaskan dan gagal memenuhi sasaran Program Podium dalam kempen Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang ming­gu lalu, namun tetap berharap agar peluang diberikan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet daripada sukan olahraga dikekalkan dalam program elit itu.

“Bagi saya Nauraj harus dikekalkan dan sekiranya Program Podium mahu menggugurkan dua lagi atlet kami, maka terserah kepada pihak pengurusan Program Podium.

“Nauraj mempunyai potensi ke Sukan Olimpik dan dia juga adalah atlet olahraga yang berjaya melangkah ke temasya berprestij itu secara merit pada 2016 di Rio.

“Saya turut berharap jurulatih yang tidak membantu kepada kecemerlangan dalam Program Podium sewajarnya digugurkan manakala atlet mereka harus diberikan peluang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tiga atlet KOM berada dalam Program Podium iaitu Nauraj, atlet lempar cakera Muhammad Irfan Shamsuddin serta jaguh lompat kijang Muhammad Hakimi Ismail.

Dalam kempen Sukan Asia 2018, tiga atlet berkenaan bukan sahaja pulang dengan tangan kosong malah gagal memperbaiki catatan peribadi terbaik masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN