KKM siasat kandungan arak selain methanol - Utusan Malaysia

KKM siasat kandungan arak selain methanol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 19 Sept. – Pihak berkuasa masih melakukan siasatan lanjut bagi mengetahui kandungan sebenar arak sehingga mengakibatkan 19 individu maut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini kandungan yang telah dikenal pasti adalah methanol yang melebihi paras dibenarkan.

“Kita percaya arak tersebut merupakan campuran bahan-bahan yang boleh membawa maut.

“Kesemua sampel arak itu masih dianalisis di makmal serta di Hospital Sungai Buloh,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Hasil Pembedahan Katarak Pasifik Barat di Hospital Shah Alam di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN