KUALA LUMPUR 29 Sept. – Ahli Puteri UMNO perlu mengikis perasan manja jika mahu terus hidup bersama perjuangan parti. Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, hanya dengan cara itu Pergerakan Puteri UMNO akan dapat membantu UMNO menjadi pembangkang yang kuat. “Kikis perasan manja. Kalau kita boleh ‘survive’ (hidup) semua ini, kita akan jadi kumpulan yang kuat. Dulu pembangkang survive, kenapa tidak kita? “Sebagai pembangkang. Puteri UMNO perlu bergerak sebagai pembangkang…











