BUAT julung-julung kalinya, Persatuan Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Pos Balar, Gua Musang, Kelantan menganjurkan Program Khatan Belantara bagi pelajar-pelajar yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli mualaf baru-baru ini. Program itu mendapat kerjasama daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Al-Khalifah yang aktif menjalankan aktiviti amal untuk masyarakat di pedalaman. Mereka membawa pasukan yang dinamakan Tok Mudim Moden serta lebih 200 sukarelawan dengan 50 buah kenderaan pacuan empat roda. Mereka meredah…










