Ketua Pemuda, Putera MIC menang tanpa bertanding - Utusan Malaysia

Ketua Pemuda, Putera MIC menang tanpa bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Seramai 25,000 perwakilan MIC akan mengundi pada pemilihan sayap parti itu yang akan berlangsung dari 29 September hingga 20 Oktober depan.

Penamaan calon yang berlangsung di ibu pejabat parti itu hari ini menyaksikan R. Thinalan dan S. Padmarajah menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda Kebangsaan dan Ketua Putera Kebangsaan.

Thinabalan dan Padmarajah masing-masing adalah timbalan bagi kedua-dua sayap itu sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, jawatan Ketua Wanita MIC Kebangsaan pula menyaksikan pertandingan dua penjuru antara penyandang J. Usha Nandhini dan G. Thanalakshmy.

Dalam pada itu, jawatan Ketua Puteri MIC Kebangsaan juga menyaksikan pertempuran satu lawan satu antara S. Parahsakthi dan P. Pon Kogilam.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S.K. Devamany berkata, menariknya pemilihan parti kali ini memperlihatkan semua perwakilan Majlis Teringgi negeri dipertandingkan dan seorang daripada 10 perwakilan yang menang itu akan dipilih oleh presiden parti untuk menerajui negeri berkenaan.

Menurutnya, mengikut Perlembagaan MIC pemilihan parti perlu diadakan setiap tiga tahun sekali dan ini bermakna mereka yang menang dalam pemilihan kali ini akan memegang jawatan itu sehingga tahun 2021.

“Pemilihan kali ini akan menyaksikan 4,200 cawangan daripada 146 bahagian ,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, Datuk Seri M. Saravanan dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C. Sivarraajh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini