KATA orang, sukar untuk mengubah tabiat dan perwatakan seseorang melainkan orang itu sendiri mahu mengubah tabiatnya dan menjadi lebih baik. Hal ini kerana, perkara tersebut sudah menjadi sebahagian daripada personaliti dan sebati dalam diri seseorang itu. Kongsi Shira (bukan nama sebenar), dia tidak tahu bagaimana lagi mahu menasihati ibu mertuanya yang terlalu percayakan bomoh. Kedengaran agak aneh, namun dalam zaman serba moden ini, masih ada individu yang terlalu taksub dan…











