PUTRAJAYA – Penglibatan penjawat awam dalam penyalahgunaan air ketum di Pusat Pentadbiran Kerajaan menunjukkan peningkatan mendadak dalam tempoh dua tahun lalu. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, peningkatan tersebut masih terkawal dan dalam pemantauan pihak polis. Menurut beliau, rekod polis Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya menunjukkan sebanyak 58 tangkapan dibuat atas kesalahan tersebut bagi tempoh Januari hingga semalam berbanding 30 tangkapan bagi tempoh sama…










