PERMATANG PAUH 1 Sept. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berteka-teki mengenai kerusi yang akan ditandinginya jika berhasrat menganggotai Parlimen selepas ini. Anwar bagaimanapun memberitahu, keputusan itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat hasil perbincangannya dengan pelbagai pihak. “Ya. Dalam masa yang singkat ini. Daripada 10 (kerusi Parlimen yang disenarai pendek) tinggal lapan…enam dan tiga sahaja. “Jadi, dalam dua atau tiga sahajalah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Tazkirah Perdana…